Demam Denggi


Denggi....denggi......


Area Shah Alam skrg ni mmg tgh popular dgn denggi ( ni makne neyr org shah alam ni x jage kebersihan ke? hehehe.....) Dlm sibuk2 utk 1st month sesi persekolahan kami diuji. Mula2 sorg je cikgu yg demam (smggu dia demam tak larat bangun) lepas tu jumaat lepas Ana pulak demam (demam nyer terus rebah tak larat).


Ana telah disahkan terkena demam denggi bukan denggi biase tp denggi berdarah. Ya ALLAH! Terkejut sggh ktorg bila dpt tau. Skrg masih di wad Hospital Kuantan. Semoga Ana cepat sembuh. Kami yg tinggal kat rumah ni pon buat la sesi spot check kot2 ade air bertakung ke.... Jenuh jgk la meng'explore' sane sini tp alhmdllh xde ape pon (clear waaa rajin nyer kami huhuhu).


Ktorg mcm suspect maybe punca nyamuk2 tu dr 'jiran sebelah' (rumah kongsi buruh2 binaan) sbb mmg agak teruk sgt kwsn tapak binaan tu. Tp dlm sibuk2 cheking tu Dila ternmpk ade 1 salur hujan mcm tersumbat tp xde ape2 (xde nyamuk @ jentik2 pon) kira selamat lg la. Alhmdullah.....


So, pd kalian2 diluar sana jgn lupe luang kn masa 10 minit smggu utk pastikn kwsn rumah xde tmpt pembaikan nyamuk (mcm iklan plak).


me: terigt mase zaman form 2 msuk wad sbb denggi jugak huhuhu.... x nak dh masuk wad...


Kenapa HAMAS menolak gencatan senjata?

Assalamualaikum WarahmatuLLah..

Ada satu isu yang harus (wajib) dijelaskan tentang pendirian Hamas terhadap gesaan gencatan senjata oleh PBB. Majlis keselamatan yang bersidang telah meluluskan resolusi 1860 dengan sokongan 14-0 (Amerika abstain - tidak mengundi) iaitu kedua-dua pihak Isreal dan Hamas menghentikan serangan.

Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata.
  1. Kita kena bagitau Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mengwujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.
  2. Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.
  3. Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah.. Ini yg disebut oleh Dr Yusuf Qardhawi rakyat Gaza ada 2 pilihan ; 'samada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengebuman'. Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak menasabah ini.
  4. Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.
  5. Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi majlis keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?
  6. Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh HAMAS. Ingat jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di gaza. apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan israel dan 'security' Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang palestin.
    Mari sama-sama kita perjelaskan kepada semua. Jangan biarkan media mempengaruhi pandangan umum masyarakat untuk terus menuduh Hamas sebagai punca kepada apa yang berlaku di Gaza.


Source : Dr. Hafidzi Bin Mohd Noor (PACE Malaysia)

Boikot Berstrategi





Ayuh saudara-saudaraku kita bantu saudara-saudara kita di Palestin dgn melumpuhkan ekonomi israel laknatullah!
more info here

Rapat Umum Selamatkan Gaza!


RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Anjuran: Aman Palestin

Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h

Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif:1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.

2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.

3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain. Tolong kerahkan seramai mungkin termasuk anak2 utk tunjukkan keprihatinan. Al-Jazeera TV akan buat liputan. Kalau boleh bawa placard, banner atau kain rentang in English or Malay. Sebarkan.TK
http://www.amanpalestin.org/

Janji ALLAH pasti!!!

BismillahHirrahmannirrahim....

Buat saudara-saudaraku di Palestin, maafkan diri ini yang tak mampu untuk membantu kalian. Hanya doa yang mampuku kirimkan. Yakinlah janji ALLAH pasti akan berlaku. Palestin akan kembali kepada kita ALLAHUAKBAR!
Sejak israel laknatullah menyerang Gaza, majority media didunia menyiarkan berita, beribu-ribu hamba-hamba ALLAH yang prihatin (yang masih tahu erti kemanusiaan) melancarkan kempen mengutuk serangan israel laknatullah.
Seringkali tu juga la saya berfikir sampai bila harus begini? sampai bila Palestin harus dijadikan 'ladang serangan'? Tapi saya yakin pada janji ALLAH. Palestin akan kembali kepada ISLAM. ISLAM akan kembali gemilang. Tapi, apakah peranan yang diambil diri ini untuk kearah itu? (ya saya tak mampu untuk melakukan perubahan besar, tapi tidakkah ada usaha untuk kearah itu walau kecil?) Ya ALLAH pilihlah aku sebagai pejuang agamaMU ya Rahman. Saya tahu kebanyakkan hati-hati yang sedar akan ini sentiasa ingin menjadi seperti burung yang membawa air yang ingin membantu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Usaha kecil itu yang pasti ALLAH akan hitung dan membebaskan kita dari 'pertanggungjawaban' bila disoal kelak.
Takut, gerun dan sedih bila memikirkan diakhirat kelak apabila saudara-saudara kita di Palestin akan menyoal kita, dituduh kerana diri ini tidak pernah berusaha untuk membantu mereka nauzubillah. Macam-macam kempen yang kita lancarkan tapi sejauh mana kita sendiri melaksanakan kempen itu? Paling hampir dalam usaha kita memboikot produk-produk israel laknatullah, dimana-mana cawangan McDonald sentiasa penuh dgn pelanggan (mostly Islam la kan). Kita mengutuk tapi dalam pada masa yang sama tetap meyokong nauzubillah....

BOIKOT!!!!!

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html