Penerbangan SMK Ungku Aziz

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...::pengendali::...
KMKY : Abg Bai
Inteam : Abg Bai
MAM 1 : Ummi Ida
MAM 2 : Semua yg ada
Hijrah : Kak Yong
RKSK : Ummi Ida
Pertemuan : Ummi Ida
Video : Kak Zar
Video editing : Kak Yong
Pilot : kak Yong & Ammar

Pramugara : Abg Jun & Abg Muadz
Pramugari : Kak Nurull, Kak Atul, Kak Dayana, Kak Anis & Kak Hanum

Alhamdulillah dengan izin-Nya, pada 3 & 4 April 2010 yang lalu satu lagi penerbangan KBM telah berjaya diterbangkan di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam. Seramai 55 orang adik kasih dan 30 orang adik sayang telah disantuni (figure ni mcm x tepat je sbb jumlah peserta bertambah sikit2).

Penerbangan seperti biasa bermula jam 9 pagi dimulakan dengan ucapan perasmian yang disempurnakan oleh wakil sekolah. Slot KMKY dikendalikan dengan penuh ceria oleh Abg. Bai dgn tag line 'hadiah,hadiah,hadiah' (smp 3 kali hadiah;)). Slot Army yell dikendalikan oleh Abg Muadz, adik2 kasih dan sayang sgt2 bersemangat utk mempamerkan aksi army yell masing-masing (nama2 kumpulan pun menyerlah jauh dari yang biasa).

Selepas solat Zohor berjemaah penerbangan diteruskan dengan slot In-team yang juga dikendalikan oleh Abg Bai. Alhamdulillah seperti biasa kerjasama daripada adik2 kasih lagi lebih dari adik2 sayang ;). Selepas slot in-team dan solat asar, pada awalnya pihak sekolah yang akan mengambil alih slot riadah petang tu tetapi disebabkan sebab yang tak diketahui adik-adik kasih dan sayang tak dapat jalankan aktiviti yang pihak sekolah nak lakukan. Maka, riadah petang telah bertukar ke aktiviti bebas buat adik2 kasih dan sayang.

Slot malam bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah oleh ustaz (ustaz ni dari JIM Sabak Bernam tapi sorry la kak zar tak ingat la nama ustaz tu). Tazkirah yang diberikan amat baik dan agak terkesan dihati. Usai solat isyak berjemaah, Ummi Ida mengambil alih penerbangan untuk slot MAM 1. Sempat juga kami ber'demi matahari' sebelum MAM 1. Selepas MAM 1, pengembaraan diteruskan dengan MAM 2. MAM 2 agak mencabar sebab kekurangan tenaga daripada ikhwah (fasi yang tinggal hanya Abg Jun sbb Abg Muadz dgn Abg Bah bertolak balik ke KL selepas In-Team). Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Keesokan harinya, bertempat di dewan makan asrama adik-adik kasih dan sayang dibawa meneruskan penerbangan dalam Hijrah bersama Kak Yong. Manakala Ummi Ida bersama ibu bapa di Dewan Besar untuk slot RKSK.

Tepat jam 11.40 pagi adik-adik kasih dan sayang telah dibawa ke Dewan Besar untuk slot Pertemuan. Buat kesekian kalinya air mata gugur lagi apabila melihatkan ibu ada di depan mata. Sharing dari seorang ibu amat menyentuh hati. Ibu itu memberi nasihat kepada anak2 dihadapannya. Dia kini memang seorang ibu tetapi dia juga merupakan seorang anak yang tak pernah melihat wajah ibunya.

Penerbangan mendarat selepas sesi perasmian penutup oleh Pengetua SMK Ungku Aziz. Alhamdulillah daripada kata2 Puan Soleha dia mahukan air mata yang mengalir pada hari ini tidak hanay memberi kesedaran ketika itu je. Wakil JIM Sabak Bernam juga hadir memberi ucapan. Antara kata2 Ustaz yang sangat berbekas di hati adalah Banyak lagi rupanya kerja yang mesti dilakukan.
"kalau nak jadi doktor jadilah doktor dan juga pejuang, kalau jadi ibu atau ayah jadilah ibu ayah yang juga pejuang..kalau seorang guru pastikan guru juga adalah pejuang.. Membawa Islam ke mana sahaja. Kita tak boleh duk rehat"

Jazakallah kepada semua yang terlibat. Kepada adik-adik kasih dan sayang semoga kita semua kekal dalam kebaikan hingga akhir hayat.

kak zar: xde gambar yang nak dishare
;)

0 comments:

Post a Comment