Boikot Berstrategi





Ayuh saudara-saudaraku kita bantu saudara-saudara kita di Palestin dgn melumpuhkan ekonomi israel laknatullah!
more info here

Rapat Umum Selamatkan Gaza!


RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Anjuran: Aman Palestin

Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h

Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif:1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.

2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.

3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain. Tolong kerahkan seramai mungkin termasuk anak2 utk tunjukkan keprihatinan. Al-Jazeera TV akan buat liputan. Kalau boleh bawa placard, banner atau kain rentang in English or Malay. Sebarkan.TK
http://www.amanpalestin.org/

Janji ALLAH pasti!!!

BismillahHirrahmannirrahim....

Buat saudara-saudaraku di Palestin, maafkan diri ini yang tak mampu untuk membantu kalian. Hanya doa yang mampuku kirimkan. Yakinlah janji ALLAH pasti akan berlaku. Palestin akan kembali kepada kita ALLAHUAKBAR!
Sejak israel laknatullah menyerang Gaza, majority media didunia menyiarkan berita, beribu-ribu hamba-hamba ALLAH yang prihatin (yang masih tahu erti kemanusiaan) melancarkan kempen mengutuk serangan israel laknatullah.
Seringkali tu juga la saya berfikir sampai bila harus begini? sampai bila Palestin harus dijadikan 'ladang serangan'? Tapi saya yakin pada janji ALLAH. Palestin akan kembali kepada ISLAM. ISLAM akan kembali gemilang. Tapi, apakah peranan yang diambil diri ini untuk kearah itu? (ya saya tak mampu untuk melakukan perubahan besar, tapi tidakkah ada usaha untuk kearah itu walau kecil?) Ya ALLAH pilihlah aku sebagai pejuang agamaMU ya Rahman. Saya tahu kebanyakkan hati-hati yang sedar akan ini sentiasa ingin menjadi seperti burung yang membawa air yang ingin membantu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Usaha kecil itu yang pasti ALLAH akan hitung dan membebaskan kita dari 'pertanggungjawaban' bila disoal kelak.
Takut, gerun dan sedih bila memikirkan diakhirat kelak apabila saudara-saudara kita di Palestin akan menyoal kita, dituduh kerana diri ini tidak pernah berusaha untuk membantu mereka nauzubillah. Macam-macam kempen yang kita lancarkan tapi sejauh mana kita sendiri melaksanakan kempen itu? Paling hampir dalam usaha kita memboikot produk-produk israel laknatullah, dimana-mana cawangan McDonald sentiasa penuh dgn pelanggan (mostly Islam la kan). Kita mengutuk tapi dalam pada masa yang sama tetap meyokong nauzubillah....

BOIKOT!!!!!

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

3R Raya KRJ Petaling di Masjid Ubudiyyah

Group MU (Muslimeen United) 'Kami tak hot kami cool'. Mmg cool abes la adik2 ni. Ni je la satu2nye group utk peserta lelaki. Selain goup MU ade 3 lagi group adik2 perempuan; swimming, online dan purple. Nama2 group ni sume nye bersempena minat2 dorg ikut kumpulan la.

Bincang2 jgn x bincang :). Time ni adik2 tengah main game 'Saham X Y'.


Ni lepas dengar Kuliah Subuh yg mmg ada di Masjid Ubudiyyah. Sementara tunggu makanan meh kita riadah ringan2 skit bg lapar lagi perut tu :)


Slot terakhir sukaneka. Byk jgk la game yg dorg main. Yg ni tgh tggu nak start main game 'semakin jauh semakin sayang' = Belon air la ape lg.



Ini la super2 Hero & Heroin akan datang. Eh yg kecik tu mcm pepaya je tp knp kaki sebelah tu balut mcm tu? Sakit ek dik? hehehe............ Mcm2 super yg dorg reka. Ade yg ade ekor.


Ni la juara nye kumpulan 'Swimming'.


me: report bergambar jek :) senang nk cite hehehe......

Jom jadi solehah!


...:::: KBM SSQ 5R ::::....



Assalamualaikum....

Buat julung-julung kali nya Kelab Remaja JIM dengan kerjasama KBM EXCELLENCE, akan mengadakan program KEINDAHAN BERSAMA MU ( KBM ) + SSQ + 5R. apa itu SSQ ??SSQ ialah singkatan nama bagi " Solat " + " Study " + " Quran ".... program KBM kali ini bakal diterapkan bagaimana cara & kaedah solat yang disarankan oleh Rasulullah saw ( Sollu kama Roaitumuniy Usolli )...dan bagaimana Solat mampu memberikan 1001 kelebihan dalam hidup kita...Juga bagaimanakah caranya untuk kita bakal menjadi Super Muslim yang cemerlang akademik cemerlang akhirat...dan jangan ketinggalan utk merasai betapa manisnya nikmat mendekatkan diri kita dengan Al-Quran...Apa itu 5R ??5R adalah 5 ciri-ciri remaja yang Cemerlang...Kelab Remaja JIM mensasarkan 5 ciri remaja yang kontemporari dan bernilai murni demi melahirkan remaja-remaja yang cemerlang...mahu tahu apa dia 5 ciri-ciri remaja cemerlang ?? ayuh daftar nama sebagai peserta...

Tempat Terhad Tau!!!sila dapatkan Brosur / Borang Pendaftaran di LINK ini..( http://www.sendspace.com/file/9rr9hx )

atau
sila hubungi Sekretariat KBM SSQ 5R :

Kak Mia : 0126456228 ( email - mia_syadah@yahoo.com )
Abg Bai : 0197517051 ( hafizbai@gmail.com )

Bertemu kita di KBM SSQ 5R......