Eksplorasi Menara Ilmu (EMI) Selangor




Mujahid Abg Bai & Kak Sodd

Izz B Mohd Hafiz
Nama yg ringkas tp bermakna!


Izz dgn Achik Yong. (amboi kak yong, bile lg hehehehe)

Susah menjadi MUSLIMAH?


Katibah Remaja & Belia Petaling

Alhamdulillah.....
Jumaat mlm yang lepas (20/2/09) RnB Petaling dh berjaya anjurkan Katibah RnB Petaling. Tempat mcm biasa la di Masjid Ubudiyyah Seksyen 19. Program ni 1 hr 1 mlm je (berakhir pd lebih kurang jam 10 pg sabtu).
Time ni jgk ade surprise farewell utk Akh Sidiq. Selamat berjuang Akhi! Dan jugak pelancaran kad ahli RnB. (jgn main2 igt Touch n Go je ke ade kad:
Program terakhir akhi Sidiq bersama RnB Petaling
Isi jgn x isi

Simbolik pelancaran kad RnB Shah Alam



Antara peserta yg hadir

Manjanya penDAKWAH itu......

Bismillahirrahmanirrahim...

Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti- yang senang dan mudah, join.
Yang penat, bersusah payah, elak.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Allah. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon ikhwah akhawat sebagai pendamping hidup.
Bukan yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman sefikrah bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
Dakwah bukan utk yang cepat mengalah, yang meletakkan usrah, qiamullail, daurah, dan yang seangkatan dengannya dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

Tarbiyyah bukan utk yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong.
Bukan utk yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini.Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da'wah bukan utk yang tak boleh tidur berhimpit2, kongsi toilet atau makan sedulang.Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik kereta besar dan mewah, yang ada air-cond, dan laju. Yang tak rela,malas naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan inform dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia macam boss, hanya tunggu information.Da'wah bukan bermusim.Masa2 perjuangan hebat, ghairah ke daurah, liqa' dll. Bila tempoh agak 'senyap', diri turut malap.
Tarbiyyah bukan utk yang mengharapkan pergantungan, merajuk bila kononnya 'di abaikan' tapi usaha mencari dari diri sendiri, kosong.Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, apabila kerja nak di beri..mulalah beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, takde transport, banyak kerja, assignment, presentation, nak balik kampung, keluarga tak bagi keluar dan sebagainya.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa kita, yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa da’wah, Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti. Tak mengapa. Teruskan hidup kita seperti biasa. Da’wah tak memerlukan kita. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran kita. Berbahagialah seadanya, itupun jika kita dapat merasai kebahagiaan itu..Sebahagiannya adalah yang Alang lihat dengan mata kepala sendiri..sifat2 yang ada dlm diri da'ie mahupun mad'u..sedih bila manja begini..
Fikir-fikirkanlah wahai hati-hati yang di tarbiyah..
Ya Muqallibal qulub, tsabbit quluubana 'ala deenik..wa 'ala tho'atik.. wa 'ala jihadi fi sabilik..
Amin Ya Robb..
p/s: perkongsian dari blog atie. Jzkk atie 1 perigtn yg baik. Semoga kita layak utk menjadi Da'ie.

Demam Denggi


Denggi....denggi......


Area Shah Alam skrg ni mmg tgh popular dgn denggi ( ni makne neyr org shah alam ni x jage kebersihan ke? hehehe.....) Dlm sibuk2 utk 1st month sesi persekolahan kami diuji. Mula2 sorg je cikgu yg demam (smggu dia demam tak larat bangun) lepas tu jumaat lepas Ana pulak demam (demam nyer terus rebah tak larat).


Ana telah disahkan terkena demam denggi bukan denggi biase tp denggi berdarah. Ya ALLAH! Terkejut sggh ktorg bila dpt tau. Skrg masih di wad Hospital Kuantan. Semoga Ana cepat sembuh. Kami yg tinggal kat rumah ni pon buat la sesi spot check kot2 ade air bertakung ke.... Jenuh jgk la meng'explore' sane sini tp alhmdllh xde ape pon (clear waaa rajin nyer kami huhuhu).


Ktorg mcm suspect maybe punca nyamuk2 tu dr 'jiran sebelah' (rumah kongsi buruh2 binaan) sbb mmg agak teruk sgt kwsn tapak binaan tu. Tp dlm sibuk2 cheking tu Dila ternmpk ade 1 salur hujan mcm tersumbat tp xde ape2 (xde nyamuk @ jentik2 pon) kira selamat lg la. Alhmdullah.....


So, pd kalian2 diluar sana jgn lupe luang kn masa 10 minit smggu utk pastikn kwsn rumah xde tmpt pembaikan nyamuk (mcm iklan plak).


me: terigt mase zaman form 2 msuk wad sbb denggi jugak huhuhu.... x nak dh masuk wad...


Kenapa HAMAS menolak gencatan senjata?

Assalamualaikum WarahmatuLLah..

Ada satu isu yang harus (wajib) dijelaskan tentang pendirian Hamas terhadap gesaan gencatan senjata oleh PBB. Majlis keselamatan yang bersidang telah meluluskan resolusi 1860 dengan sokongan 14-0 (Amerika abstain - tidak mengundi) iaitu kedua-dua pihak Isreal dan Hamas menghentikan serangan.

Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata.
  1. Kita kena bagitau Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mengwujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.
  2. Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.
  3. Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah.. Ini yg disebut oleh Dr Yusuf Qardhawi rakyat Gaza ada 2 pilihan ; 'samada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengebuman'. Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak menasabah ini.
  4. Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.
  5. Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi majlis keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?
  6. Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh HAMAS. Ingat jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di gaza. apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan israel dan 'security' Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang palestin.
    Mari sama-sama kita perjelaskan kepada semua. Jangan biarkan media mempengaruhi pandangan umum masyarakat untuk terus menuduh Hamas sebagai punca kepada apa yang berlaku di Gaza.


Source : Dr. Hafidzi Bin Mohd Noor (PACE Malaysia)