'Sebat Kartika'


Rasanya satu Malaya tahu pasal kes Model sambilan ni Kartika dan hukuman yang dikenakan keatasnya. Latest dlm paper hari ni Van JAIP (Jbtn. Agama Islam Pahang) yg bawak Kartika semlm untuk menjalani hukuman sebat di penjara, tiba2 berpatah balik ke rumah bapa model tu setelah hanya bergerak kira-kira 200 meter je.


Keputusan ditukar last minute. Kelakar pun ade, pelik bin hairan bin ajaib pun ade. Awat la keputusan last minute ditukar? Even Kartika sendiri pun terkejut dgn keputusan tiba2 yg mengatakan beliau tak bersalah. Dia tak puas hati dan enggan turun dari van JAIP dan mendesak supaya beliau dibawa untuk menjalani hukuman. Bapanya, Shukarnor Mutalib, berkata sebarang perubahan hukuman hanya akan mempersendakan Islam.


Bapa dia pun berkeras agar anaknya dihukuman. Dalam laporan2 akhbar b4 this, bapa Kartika berharap hukuman yg dijatuhkan keatas anak dia akan menginsafkan dan memberi pengajaran kepada semua.

me: poning den tgk mcm2 keputusan 'orang2' berkuasa ni. Semoga Ramadhan ini menjadi iktibar terbaik. Amin.


PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
(Hidupkanlah Ramadhan)
Anjuran Khalifah Youth Circle (KYC)
Khalifah Institute


29-30 Ogos 2009 (remaja lelaki)
30-31 Ogos 2009 (remaja perempuan)

Terhad kepada 30 orang setiap sesi (13-17 tahun)
Peserta yang pernah menyertai program bersama Institut Khalifah diutamakan

PERCUMA

bertempat di:
Khalifah Institute,
298, Jalan 3, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor.
**********************************************************************************************
Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak, Institut Khalifah akan mengadakan program “Ihya’ Ramadhan” untuk remaja lelaki dan perempuan berumur 13-17 tahun di dalam sesi yang berasingan. Program ini adalah salah satu program susulan anjuran Khalifah Youth Circle (KYC).

Objektif program:
Untuk memberi pendedahan kepada remaja tentang cara menghayati Ramadhan mengikut cara Rasulullah s.a.w. supaya dapat diteruskan sebagai amalan tetap di bulan Ramadhan.
Untuk menggalakkan amalan-amalan yang baik di bulan Ramadhan
Untuk mengeratkan silaturrahim di antara peserta-peserta.
Untuk dijadikan program susulan bagi program remaja khalifah.

Cadangan Program:
HARI PERTAMA

SABTU 29 OGOS (RAMAJA LELAKI SAHAJA)
AHAD 30 OGOS (REMAJA PEREMPUAN SAHAJA)

9.00 am Pendaftaran
9.30 am Ice-breaking
10.30am Solat sunat Dhuha & bacaan Ma’thurat
11.00am Pengenalan Khalifah Institute
12.00pm LDK 1: Modul Wudhu’
1.00 pm Solat Zuhur, slot zikir munajat & rehat
2.30 pm LDK 2: Modul Tahsin Solat

5.00 pm Solat Asar, bacaan Ma’thurat & hafazan surah pilihan
6.00 pm Khidmat diri
6.30 pm Tadarus al-Quran
7.15 pm Iftar jamaie
Solat Maghrib & tazkirah
8.45 pm Solat Isyak & solat Terawih
10.00pm Slot tayangan perdana
11.00pm Minum malam & tidur


HARI KEDUA

4.30 am Qiamullail , sahur & Khidmat diri
6.00 am Solat Subuh, bacaan Ma’thurat & tazkirah
8.00 am Perasmian penutup & bersurai


Peserta program remaja Institut Khalifah dialu-alukan menyertai Ihya’ Ramadhan
Hubungi kami: 03-4256 6810/ 019-3083629/ 012-9326959
Sumbangan ikhlas untuk program ini dialu-alukan untuk menjayakannya. Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada Khalifah Institute melalui akaun
Bank Islam 12-113-01-002112-3
atau dengan menulis cek di atas nama Khalifah Institute.

Semoga sumbangan tuan/puan di bulan mulia ini diberkati Allah.

Untuk pendaftaran:
Fakskan atau E-mail kepada borang ini ke Khalifah Institute 03-4256 5423 / khalifahproject@yahoo.com

Hubungi kami untuk pengesahan pendaftaran: 03-4256 6810/ 019-3083629(Farah) 0129326959 (Huda)

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 21 Ogos 2009

Sabarlah wahai diriku

Jangan bersedih jika manusia tidak menghargai apa yang telah kamu lakukan wahai diriku,
Yakin da ingatlah ALLAH adalah sebaik-baik pemberi penghargaan.
Manusia itu tidak diuji melainkan mengikut kemampuannya!

Warna Rambut?

Saya kongsikan soalan & jawapan berkaitan hukum warna rambut. Source nyer dr www.zaharuddin.net. Semoga bermanfaat.

Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?

JAWAPAN:
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina’, Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma’ az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram

Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh

Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.

Ust Zaharuddin Abd Rahman
Irbid, Jordan
18 Jun 2003

me: Budak2 zaman sekarang umur 5, 6 tahun pun ade yg color rambut. Bile tny sape buat? Depa kata mama yg buatkan. Mama pun same buat.

Kemas mengemas, cat mengecat


Musibah ujian tentukan tahap nilai diri umat

Apabila seseorang itu tiba-tiba mendapat kesusahan, kegagalan dalam perkara tertentu atau ditimpa musibah berat dalam kehidupan, mereka menganggap Allah sudah tidak sayangkan mereka. Lebih jauh daripada itu, ada berani mengatakan Allah telah berlaku zalim kerana diberikan kesusahan.
Anggapan demikian tidak benar. Mereka tidak sepatutnya berprasangka tidak baik terhadap Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menganiaya atau berlaku zalim kepada hamba-Nya. Allah sentiasa bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)
Sebenarnya jika ada kepayahan dan kegagalan berdepan dengan sesuatu perkara yang mungkin membuat kita kecewa dan putus asa, itu adalah pengajaran. Ada sesuatu yang perlu kita renungkan dan sekali gus pelajari daripada kepayahan atau kegagalan itu kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.
Menurut Jaddal Atiff dalam tulisannya, hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh didikan langsung daripada Allah melalui ujian-Nya.
Sehubungan itu, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Musibah tidak datang begitu saja tanpa ujian. Allah menurunkan musibah (besar atau kecil) untuk menguji hamba-Nya sejauh mana mereka tabah, sabar dan reda. Imam Inu Qayyim al-Jauziyah berkata, ada ujian untuk kesabaran, ujian untuk bersyukur, ujian untuk memberi petunjuk, ujian sebagai hukuman, ujian sebagai cubaan, ujian untuk memajukan diri dan ujian supaya mendapat pahala. Siapa yang tidak merasakan ujian atau musibah, maka dia tidak mengetahui tahap nilai dirinya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab: Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya.
Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Sementara itu, Anas meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Jelaslah Allah menimpakan musibah kepada seseorang anak Adam itu ada hikmah dan ujian-Nya. Justeru itu sesiapa yang ditimpa musibah hendaklah sabar menghadapinya. Firman Allah yang bermaksud: “(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 96)
Oleh itu, apabila berhadapan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan reda serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.

Ratu cantik cara Islamik

SUKAINA al-Zayer tidak mungkin berpeluang menang sebarang pertandingan ratu cantik kerana dia memakai purdah dan abaya yang tidak membolehkan orang menilai kecantikan wajahnya. Dia juga mengaku bertubuh gempal.Tetapi dalam satu-satunya pertandingan ratu cantik di Arab Saudi, hakim tidak mempedulikan bentuk tubuh atau kecantikan wajah. Apa yang mereka cari dalam pertandingan itu ialah 'Ratu Cantik Akhlak' di kalangan peserta yang berjaya menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat terhadap ibu bapa masing-masing.

"Matlamat peraduan itu ialah untuk mengukur komitmen peserta terhadap moral seperti yang dikehendaki Islam. Ia alternatif kepada ratu cantik lain yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hanya mengambil kira bentuk tubuh dan wajah wanita," kata pengasas peraduan itu, Khadra al-Mubarak.
"Yang menang tidak semestinya cantik. Bagi kami, yang penting ialah kemurnian hati dan moral," katanya.


Selepas pertandingan itu dirasmikan Sabtu lalu, hampir 200 peserta akan menghabiskan masa 10 minggu menghadiri kelas dan diuji dengan tema termasuk 'Menyedari kekuatan dalaman anda,' 'Pembentukan menjadi pemimpin' dan 'Ibu, syurga di bawah tapak kakimu.'

Tema terakhir itu berdasarkan hadis Rasulullah SAW bagi menggariskan peri pentingnya rasa hormat kepada ibu bapa, antara tunggak utama dalam ajaran Islam.

Peserta juga akan menghabiskan masa sehari di sebuah rumah di luar bandar bersama ibu masing-masing. Di sana mereka akan diawasi oleh hakim wanita dan diberi markah mengenai cara mereka berinteraksi dengan ibu mereka," kata Khadra.

sumber penuh di sini

me: bila agak2nya kat Malaysia ni nak ade benda2 mcm ni? Bila la gaknyer nak dibanyakkan program2 mendidik jiwa kat Malaysia ni.... bila la yer?