Gempa & ayat Al-Quran

In the name of ALLAH the most Gracious aand tha most Merciful

Saya kongsikan 1 fakta yg benar yg ada kaitan dgn gempa yg berlaku kpd jiran kita Indonesia.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “ Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.
Source: eramuslim
Maha Benar Engkau ya Allah. Tergamam saya seketika bila membaca. Betapa kita sering lupa dan alpa. Kita di Malaysia ni sering kami para pelajar disogok dengan 1 fakta (saya rasa majoriti kita mendapat sogokan yg sama), Malaysia sebuah negara yg bebas bencana, terletak diluar garisan gempa, Malaysia selamat di garisan khatulistiwa. Hakikatnya kita lupa jaminan keselamatan kita bukan dijamin 100% bila negara didalam garisan khatulistiwa tetapi Allah yg menentukan.
Tsunami itu peringatan Allah untuk kita. Selepas 26/12/04 boleh dikatakan Malaysia akan turut rasa gegaran yang melanda Indonesia terutamanya. Dan tidak mustahil tsunami mampu berulang (nauzubillah)..
Wahai diri, sampai bila harus leka? Fikir dan zikir wahai diri

Si kain putih

Si kain putih Amni Hifzah :)

Nurul Amni Hifzah, our 4 years student. So cute dan sangat2 keletah mulutnya. (sgt geram dgn kebecokan yer, pipi tembam rs nak gigit jek bdk kenit ni hehehe)

Amni & Fahim.... Sama2 becok and bijak. Semoga menjadi soleh & solehah

Bila tengok anak2 ni, bertuah sungguh mereka seawal usia 3 tahun dah berpeluang hafal hadith, ayat2 lazim and surah Yasin. (compared then my self pd usia mereka dulu takde nyer nak hafal tu semua)..

Tiba2 teringat plak kat ayat iklan Berita Harian "dunia dah maju zaman dah berubah" ...... Alhamdulillah kesedaran untuk didik anak2 dalam environment agama juga semakin baik dikalangan ibu bapa. Hope so, kesedaran tu tak hanya diletakkan dibahu pendidik tetapi ibu bapa dan keluarga juga mainkan peranan. 'Masyarakat kecil' yang soleh mampu untuk membentuk 'masyarakat besar' yang soleh bila yang kecil tu digabungkan. InsyaALLAH.

Smart Khalifah Choose to be Good!

Baby In-Soft

Ni la 1st baby In-Soft...

Nurul Huda Bt Mohd Fadly
(chumel kan geram rasa nak cubit2 jek pipi baby ni nasib baik kat Kelantan)



Pandangan kasih seorang umi :)



Sahabat....Rakan....Teman.....Kawan

Saya membaca entry di blog Prof Kamil.... entry yg sgt baik untuk direnung2.....
Lantaran itu saya juga turut berfikir berapa ramai sahabat2 yg saya ada? Berapa rakan? Kawan? Musuh?

Tapi saya punya pengalaman dan sedang merasa betapa nikmatnya mempunyai sahabat. Jazakaallahu kahiran kathira buat sahabat2 yg sentiasa bersama2 diri ini. Biar dimata orang lain melihat kami bersahabat kerana masing2 graduan universiti/kolej tapi hakikatnya kami bersahabat kerana AQIDAH yg 1. Sesuatu yang mungkin dianngap pelik oleh orang2 lain tp tidak bagi kami.

Sahabat2 ini yang banyak mentarbiyah diri ini, menginagtkan diri ini tika alpa. Terima Kasih ya Rabb atas anugerah yang tak terhingga ini. Semoga kami bisa untuk bangkit diakhirat kelak untuk membela 1 sama lain bukan menuduh. amin.

semoga diri ini terlebih dahulu menjadi sahabat kepada sahabat, rakan, kawan dan musuh ku.

Permisi Ramadhan... Ahlan Ya Syawal

Hari ni hari ke-2 terakhir Ramadhan.....

Adakah bisaku bertemumu lagi wahai Ramadhan?
Sayu, sedih, risau segala2nya menjadi 1. Semoga Ramadhan yg bakal berlalu menjadi turning point buat diri ini untuk isyiqamah dlm Iman dan Islam. Amin..

..........................................................***************************..............................................................

I'm wishing Happy Eid Mubarak to my families, friends and also my students (all the best for your next exam. Be a smart Khalifah).

me: Hari ni nak try buat kuih raya sendiri hehehe....mintak2 la jadi....hope so.

Air oh air


Ramadhan kali ni saya sekeluarga diuji dengan masalah air. Bukan sehari dua tp hari2. Kami pun tak pasti ape punca sebenar nye. Pada awalnya air xde hanya bermula waktu petang hingga mlm, waktu dlm 3 pg tu ade balik tp la ni hampir 1 hari takde air. Air 'datang' hanya 1 2 jam start pukul 3 pg. So sekarang ni dirumah berlaku 'catuan' air (gune air lebih2 nnt my mum bising hehehe). Yg peliknyer bukan semua rumah di housing area kami yg takde air tp hanya beberapa rumah jek. Kami bayar bil tauuuu.....

Wakil penduduk dah buat report kat Syabas tp Syabas kate takde ape2 masalah (depa duk check dgn komputer jek). Tpkn ade hikmah jugak. Dapat la belajar2 berwudhuk dgn segayung air :), mandi dgn jumlah air yg sgt dikawal :)


'Sebat Kartika'


Rasanya satu Malaya tahu pasal kes Model sambilan ni Kartika dan hukuman yang dikenakan keatasnya. Latest dlm paper hari ni Van JAIP (Jbtn. Agama Islam Pahang) yg bawak Kartika semlm untuk menjalani hukuman sebat di penjara, tiba2 berpatah balik ke rumah bapa model tu setelah hanya bergerak kira-kira 200 meter je.


Keputusan ditukar last minute. Kelakar pun ade, pelik bin hairan bin ajaib pun ade. Awat la keputusan last minute ditukar? Even Kartika sendiri pun terkejut dgn keputusan tiba2 yg mengatakan beliau tak bersalah. Dia tak puas hati dan enggan turun dari van JAIP dan mendesak supaya beliau dibawa untuk menjalani hukuman. Bapanya, Shukarnor Mutalib, berkata sebarang perubahan hukuman hanya akan mempersendakan Islam.


Bapa dia pun berkeras agar anaknya dihukuman. Dalam laporan2 akhbar b4 this, bapa Kartika berharap hukuman yg dijatuhkan keatas anak dia akan menginsafkan dan memberi pengajaran kepada semua.

me: poning den tgk mcm2 keputusan 'orang2' berkuasa ni. Semoga Ramadhan ini menjadi iktibar terbaik. Amin.