Lama nyer tak mengemas teratak ni. Sbbkn tengah waktu cuti sekolah ni keadaan tak mengizinkan untuk rajin2 'menyapu' kat sini. Minta maaf la bg yg 'terbatuk' bila 'berkunjung' ke teratak ana ni almaklum banyak sgt debu :)

Jangan keraskan hatiku ya ALLAH

Ya ALLAH ya Tuhan ku,
HambaMU merindukan belai kasih sayangMU
dan juga keredhaanMU.

Ya ALLAH ya RABBI,
Kurniakan aku hati yang sentiasa mampu menangis kerana dosa-dosaku
bukan menangis kerana dunia.

Ya ALLAH Ya Rahman,
Hati ini terlalu jauh padaMU,
terlalu banyak maksiat dan dosa hati ini,
terlalu jijik hati ini
Layakkah hati ini kelak untuk berjumpa denganMU,
menatap wajahMU yang Maha Indah?

Ya ALLAH Ya Latif,
Lembutkan hati ku.
Tukarkan hatiku yang kotor ini dengan hati yang baru,
hati yang dekat kepadaMU dan hati yang sentiasa merinduiMU

Bantulah aku Ya ALLAH
aku lemah, aku tak mampu untuk istiqamah menjaga hati ini.
Badai dugaan yang datang adakalanya membuatkan aku hanyut.
Bantulah aku Ya Rahim
Peliharalah hati ini
Bantulah aku mentarbiyahnya
Bantulah aku membuang karat-karat mazmumah yang sekian lama bertapak dihati ini.

Una, una dan una :)

Selamat tinggal Malaysia

Minggu lepas klu singgah ke blog Kak Yong, mia, alang atie and kak ngah dorg dh buat entry khas utk adik kechik ktorg, Zainab Husna. (wah una glamer nyer hehehe.............). So, minggu ni giliran 'saya' la pulak. saje je lambat2 buat entry ni sbb bg can dulu la kat dorg (almaklum dorg yg berpeluang pg hantar una ke KLIA hari tu and dorg nak exam pulak hehehe). So, org yg jauh ni tgk2 je la and doakn dari jauh.

so, that time suasana sayu sentiasa 'menyelubungi' teratak KY and mia tp kat teratak alang atie die x nak buat sayu2.

Cepatnye masa berlalu. Rasa mcm br lg kenal una, skrg die dah balik Mesir dh. Masih lg terigt mula2 kenal adik kechik ni di KBM di SMI Al-Amin Gombak. (Mule2 die diam jek dok tgk ktorg buat MAM1 & 2). Gelagat die jd hiburan kami. (sian una kakak2 dok suke buli die). xpe una nnt una buli balik ye hehehe................ Tp una ni mmg rajin (waa promote nmpk hehehe.....) spjg prgm mmg die x dok diam (bgs3). Thanks una!

Semoga kita bisa bertemu lagi dan jika ditakdirkan tidak bertemu di dunia berdoalah semoga kita layak untuk bertemu disyurga. Amen.

Sungguh ku bersyukur padaMU ya ALLAH. Memberi kami peluang merasai manisnya ukhwah yg dijalin keranaMU. Semoga ukhwah ini mampu memberi syafaat dihadapanMU kelak. Amen.

Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada Una disana. Semoga jihad ilmu mu dipermudahkanNYA.




Rayuan Qurban 1429H


"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya".
(Hadith Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim)