Jangan keraskan hatiku ya ALLAH

Ya ALLAH ya Tuhan ku,
HambaMU merindukan belai kasih sayangMU
dan juga keredhaanMU.

Ya ALLAH ya RABBI,
Kurniakan aku hati yang sentiasa mampu menangis kerana dosa-dosaku
bukan menangis kerana dunia.

Ya ALLAH Ya Rahman,
Hati ini terlalu jauh padaMU,
terlalu banyak maksiat dan dosa hati ini,
terlalu jijik hati ini
Layakkah hati ini kelak untuk berjumpa denganMU,
menatap wajahMU yang Maha Indah?

Ya ALLAH Ya Latif,
Lembutkan hati ku.
Tukarkan hatiku yang kotor ini dengan hati yang baru,
hati yang dekat kepadaMU dan hati yang sentiasa merinduiMU

Bantulah aku Ya ALLAH
aku lemah, aku tak mampu untuk istiqamah menjaga hati ini.
Badai dugaan yang datang adakalanya membuatkan aku hanyut.
Bantulah aku Ya Rahim
Peliharalah hati ini
Bantulah aku mentarbiyahnya
Bantulah aku membuang karat-karat mazmumah yang sekian lama bertapak dihati ini.

0 comments:

Post a Comment