Janji ALLAH pasti!!!

BismillahHirrahmannirrahim....

Buat saudara-saudaraku di Palestin, maafkan diri ini yang tak mampu untuk membantu kalian. Hanya doa yang mampuku kirimkan. Yakinlah janji ALLAH pasti akan berlaku. Palestin akan kembali kepada kita ALLAHUAKBAR!
Sejak israel laknatullah menyerang Gaza, majority media didunia menyiarkan berita, beribu-ribu hamba-hamba ALLAH yang prihatin (yang masih tahu erti kemanusiaan) melancarkan kempen mengutuk serangan israel laknatullah.
Seringkali tu juga la saya berfikir sampai bila harus begini? sampai bila Palestin harus dijadikan 'ladang serangan'? Tapi saya yakin pada janji ALLAH. Palestin akan kembali kepada ISLAM. ISLAM akan kembali gemilang. Tapi, apakah peranan yang diambil diri ini untuk kearah itu? (ya saya tak mampu untuk melakukan perubahan besar, tapi tidakkah ada usaha untuk kearah itu walau kecil?) Ya ALLAH pilihlah aku sebagai pejuang agamaMU ya Rahman. Saya tahu kebanyakkan hati-hati yang sedar akan ini sentiasa ingin menjadi seperti burung yang membawa air yang ingin membantu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Usaha kecil itu yang pasti ALLAH akan hitung dan membebaskan kita dari 'pertanggungjawaban' bila disoal kelak.
Takut, gerun dan sedih bila memikirkan diakhirat kelak apabila saudara-saudara kita di Palestin akan menyoal kita, dituduh kerana diri ini tidak pernah berusaha untuk membantu mereka nauzubillah. Macam-macam kempen yang kita lancarkan tapi sejauh mana kita sendiri melaksanakan kempen itu? Paling hampir dalam usaha kita memboikot produk-produk israel laknatullah, dimana-mana cawangan McDonald sentiasa penuh dgn pelanggan (mostly Islam la kan). Kita mengutuk tapi dalam pada masa yang sama tetap meyokong nauzubillah....

0 comments:

Post a Comment