Ibrah daripada si Kecil

Bismillahhirrahmannirrahim...

Pagi tadi sebaik kaki melangkah keluar dari rumah, saya 'dihidangkan' dengan satu kejadian yg amat2 meruntun hati.... Kedudukan rumah saya yg betul2 berdepan dgn sebuah sekolah rendah agama, so dpt la tgk mcm2 ragam anak2 ni pergi sekolah hari2.

Pagi td saya ternampak seorg bapa yg sedang 'mengheret' tangan anak perempuannya dlm keadaan marah..(saya rasa marah sbb tgk air muka si ayah yg tgh bengis + dia tgh lepuk2 kepala anak dia+ anak dia tengah nangis2 sambil tangannya ditarik si ayah kearah sekolah)... Tak pasti apa punca kemarahan si Ayah. Sepanjang jalan menuju ke pagar sekolah tu memang saya nampak bukan sekali kepala anak tu dilepuk si ayah tp 2 3 kali jugak la (si Ayah tak heran pun orang2 lain yg tgh pandang ape yg dia buat). Sampai je didepan pagar sekolah si Ayah tadi terus menolak si anak agar masuk ke dalam sekolah. Apa yg buat saya tersentuh sgt bila si anak yg baru kene marah + kepala yg dilepuk2 si Ayah tadi masih menghulurkan tangan untuk bersalam dgn si Ayah dan si Ayah tidak terus menyambut huluran tangan anak dia. Lepas je bersalam si anak menghulur tangan lagi untuk memegang kepala si ayah agar die dpt cium muka ayah dan ayah dpt cium muka die. Lepas je dpt ciuman ayah si anak ini terus memeluk erat si Ayah..

SuahanaAllah! Betapa hebat hati si kain putih ini. Walau lepas di marahi, walau lepas dileouk2 tp die masih sudi memeluk dan mencium si Ayah dgn penuh kasih sayang (saya dpt rasakn melalui apa yg sy tgk) seperti selalu.

Teringat kembali motivasi pagi yang saya dengar di IKIM mggu lepas oleh Ust Ghazali Ibrahim berkaitan hati. Antara isi motivasi pagi beliau adalah berkenaan kanak-kanak. Kita lihat seorang kanak-kanak walau dia dimarahi dan dikasari masih sudi memberi maaf kepada ibu bapa (tanpa diminta oleh ibu bapa), masih sudi memeluk dan mencium ibu dan ayah seperti biasa.

Kalau kita yg dah dewasa ni, kene marah je mesti dah tarik muka+terasa hati (saya le tu huhuhu) tak banyak sikit mesti kita akan ada rasa jauh hati dengan orang yang marah kita kn. Tp tidak bagi kanak2. Betapa suci dan bersih hati mereka berbanding kita yang telah sempurna akalnya. Malunya aku kepadaMU ya Rahman.

Allah juga sentiasa Maha Pengasih dan Penyayang pada diri ini. Betapa setiap kali dosa dilakukan, DIA masih sudi meminjamkan nikmat2 NYA yang banyak tanpa mengurangkan sedikit pun. MAlah masih diberi peluang untuk bertaubat hingga ke saat ini. Astaghfirullah al-A'zim betapa hina dan kerdil diri ni dihadapanMU yang MAha Baik dan Maha Mulia..

0 comments:

Post a Comment