- Seseorang yang masuk kerja pukul 8.35 am sedangkan waktu mula kerja adalah pukul 8.30 am dan dikira lewat datang kerja. Tetapi jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2.00 pm atau 2.30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umumsedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1.15 - 1.30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?
- Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamnya disaat pencerobohan Amerika pada beberapa negara ISLAM. Tetapi anehnya ramai daripada kita tidak boleh meninggalkan rokok yang sebahagiannya dibuat oleh syarikat Amerika. Tidak kurang juga dikalangan kita menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda, terutamnya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita menjadi penentang dan di satu sudut yang lain kita menyokong mereka. Adakah ini makna benci tapi sayang?
- Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah masyarakat pergi melabur untuk masa depan katanya. Tetapi jika ada pelancaran TABUNG DERMA (saham AKHIRAT) untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan, untuk mengumpul RM 1 juta pun cukup payah dari rakyat Malaysia. Malah ada yang mengambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?
- Kita sangat sensitif dan terharu apabila mendengar atau melihat ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak dan membuang bayi di merata-rata tempat. Tetapi kita jarang berasa sedih dan terharu apabila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak secara maknawinya tidak mendidik anak menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya tentang ALLAH, sembahyang, menutup aurat, hormat orang tua dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat didalm kubur dan di akhirat kelak. bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di tengah masyarakat? bukankah perbuatan ini juga boleh diibaratkan buang anak juga iaitu buang anak ke dalam api neraka? Mana lebih hina? buang anak di merata-rata atau buang anak dalam api neraka? Anak yang dibuang dalam longkang belum tentu masuk neraka jika dia hidup, tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna, akan rosak hidupnya. Kesudahannya akan ke neraka juga.
- Kita selalunya akan cepat-cepat mengucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan mengenang budinya sampai bila-bila. Tetapi dengan ALLAH yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntutNYA.
- Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita. Tetapi tidak pun rasa malu dengan ALLAH yang sudah sedia tahu kesalahan lahir dan batin, kecil dan besar.
- Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tidak betul dia menyeleweng dan sebagainya. Tetapi kita jarang sekali berfikir "aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu" sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.
Semakin banyak alasan........nampaknya semakin jauh kita dari ALLAH.
Sumber: Majalah I bil.71 Sept 2008
me: baca artikel ni betul2 rasa 'sebijik' kena ke batang hidung sendiri. Astaghfirullah al'azim. Betapa kini kita terlalu jauh dari DIA sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment