Adat Bersendi

Bismillahirrahmannirrahim

Salam Eid Mubarak (hehehe............dh nk msk 7 syawal cepatnyer...). Time raya ni macam2 'juadah' kat tv. Sempat jugakla tgk 1 prgm dr tv9 yg dekat dihati ni tajuknya 'ADAT BERSENDI'. Rancangan ni tunjuk and kupas berkenaan adat2 melayu dahulu kala yg masih diamalkan disesetengah tempat (especially kwsn kampung la). Salah 1 adat yg agak menarik perhatian 'saya' adalah adat memberi hidangan.

Cara org2 kampung tu hantar makanan pd jiran2 mmg sgt2 unik. Makanan yg diberi dlm bentuk kuih2. Dorg akan letak dlm dulang dan dulang akn ditutup dgn tudung saji. Lepas tu tudung saji tu akan diikat plak dgn kain batik (mak iii byk nyer proses....). Cara nk bawak tudung saji tu pun bukan boleh pegang biase2 tp kene junjung atas kepala. Waktu dorg nk hantar dulang tu pun ms maghrib waktu org tgh berbuka tu dgn melalui jalan yg org jarang guna (or hampir tiada org guna) sbb dorg tak nak ade org tahu. Makanan tu akan dihantar senyap2 sampaikn tuan rumah pun x sedar (mcm Rahsia Rasmi Kerajaan plak hehe....). Bila tgk cara dorg ni kan terigt pd hadis Rasulullah yg mengajar agar klu kita n k bersedekah x boleh heboh2 (x payah buat cek bosar2) kene senyap2 ibarat tgn kiri ni x tau pun apa yg tgn kanan bg.

Org yg menerima plu membalas tp proses membalas tu akan amik ms 4-5 hari jugak la (pak cik yg kene interview tu kate lama sbb tuan rumah yg terima tu nk kene mengingat sape yg bagi tu....)

Bila tuan rumah yg menerima dah dpt tau sape yg hantar maka die akan turut merangka strategi yg sama nk hantar makanan. Tp org yg nak membalas tu x akan hantar makanan tu ms maghrib tp pd ms yg tuan rumah x sedar (mcm tgh2 mlm ke...) kadang2 smp tggu tuan rumah tu tido br dorg blh letak dulang tu (klu tuan rumah x tido mcm mane?......)

Jalan yg dipilih pun sma jgk yg sunyi2 (org yg nk hantar x blh pg ramai2). Selaluny tuan rumah yg akn menerima balasan tu dh ready terutama bila dorg dgr bunyi2 pelik disekitar rumah. So, tuan rumah dh ready dgn 'senjata2nya'. Proses mengendap dan mengawal 'musuh' akn dilakukan (mcm nk pg perang jek...hehehe.....)

Org yg bwk dulang tu akan letak dulang yg di bwk kat depan pintu rumah yg dihantar bila dh letak jek pengiring yg ikut menghantar dulang balasan tu akan buat isyarat dgn pukul lantai dgn gunakn btg keladi (kalau x silap). So, tuan rumah yg mmg dh dapat kesan kedatangan 'musuhnya' apa lagi terus la 'menyerang'. Kasihan la org yg dtg menghantar bila diserang dgn bedak. Abes dorg lumurkan bedak dgn tepong kot kat org yg dtg menghantar tu. (klu ikut cite mak cik tu dulu2 lg dasat dorg gune arang and minyak nk lumurkan ish2).

Mmg seronok la mereka. Bayangkan mak cik2, opah2 yg dh tak larat nak jalan tu 'diserang' begitu (comelll...... je). Tp dorg xde rs marah sbb tu la cara mereka eratkn silaturrahim sesama jiran dan masyarakat.

Betapa org2 dulu sungguh mememntingkn silaturrahim berbanding sekarang. Sekarang ni terutama bila duk bandar mcm klang and shah alam dah x dapat tgk dh budaya bertukar2 hidangan sesama jiran. Masih ada yg amalkn tp amatlah sedikit. Kdg2 tu jiran sebelah pun x kenal. Kita yg duk kat bandar ni kadang2 dh memang x nak amik tau hal org lain dgn alasan x nak jaga tepi kain org. :(

p/s: Raya ni x sempat pun p beraya rumah jiran2 yg jauh sikit dr rumah dah kene balik sini.

0 comments:

Post a Comment