KBM PPD Banting

Alhamdulillah pd 25 & 26 oktober yg lepas KBM KL dh selesai berKBM di Kem Bina Taqwa di Bukit Changgang, Dengkil. KBM kali ni dianjurkan oleh PPD Banting dan JKKD (Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Kuala Langat) dgn kerjasama JIM dan JKM. Alhamdulillah 'saya' berpeluang menyumbang tenaga yg x seberapa di KBM kali ni.

Unik and istimewa nyer KBM kali ni ats beberapa perkara (pinjam dr ayat kak nina):

KBM PPD KUALA LANGAT ISTIMEWA..

kenapa istimewa?

1st TIME - pengendali+faci semua wanita (abg k.u,abg zim,abg eming terkecuali)
1st TIME - peserta semua kasih

1st TIME - ada animasi lengkap lagu Gemu
ruh (wat sama2 dgn semua adik2 kasih)
1st TIME - skrip mayat MAM2 dibaca oleh wanita
1st TIME - melibatkan 15 buah sekolah dalam satu masa


kN - nasib baik bukan 1st TIME malaikat j
erit MA RABBUKA tu un wanita..hi3

ni la antara keistimewaan nyer.

yg ni plak report yg disediakn oleh Zainab Husna (org yg dh nak balik Mesir ni). Copy paste je la ye 'saya' teramat rajin nak menaip :)

By: Kak Zainab Husna

Alhamdulillah, segala pujian-pujian dipanjatkan hanya kepadaNya , kerana dengan rahmat dan izinNya team KBM KL telah meneruskan penebangannya kali ini di KEM BINA TAQWA, BUKIT CANGGANG (25-26 Oktober bersamaan 25-26 Syawal 1429H). KBM kebiasaannya tertumpu pada sebuah sekolah sahaja, tetapi kali ini ia melibatkan 15 buah sekolah dari daerah Kuala Langat.

KBM kali ini dilabelkan sebagai KBM ISTIMEWA. Kerana, para peserta hanya melibatkan adik-adik KASIH seramai 68 orang, berumur dalam lingkungan 12-16 tahun. Untuk makluman juga, buat julung-julung kalinya hampir kesemua slot dikendalikan oleh pengendali dan fasilitator wanita (imam solat pun kaum hawa jugak). Walaupun adakalanya memerlukan bantuan kaum adam. Para pengendali KBM istimewa kali ini terdiri dari Ummi Ida, k.Nina dan k.Mia. Barisan pramugari dan pramugara yang turut membantu k.Ngah, k.Anjang Kila, k.Atul, k.Zarina, k.Long, k.Min, k.Aida, k.Mira, k.Zainab Husna, k.Syera dan k.Ima. Abg Anas@KU, abg Eming, abg Azim. Tidak lupa buat yang turut hadir untuk slot MAM1 & MAM2, Pak Teh, Pak Shahid, Pak Long, Pak Kay dan Abg Ammar dan yang lain-lain.

Bermula pada pagi sabtu, setelah selesainya solat Subuh berjamaah yang diimami oleh Ummi Ida, adik-adik kasih telah mendapatkan santapan rohani yang ringkas tetapi padat daripada Ummi Ida dengan bermain teka teki tentang persoalan Imam Ghazali.

Penerbangan diteruskan seperti biasa dengan Slot KMKY yang telah diceriakan oleh gandingan mantap k.Anjang Kila dan k.Nina. Diteruskan dengan slot INTEAM yang dikendalikan oleh k.Nina. K.Anjang Kila telah bersama adik-adik kasih beriadhah di sebelah petang. Selesai solat maghrib, tazkirah ringkas diadakan bagi mengisi ruang sementara menunggu azan isya’ (-->Kak Mia: tazkirah istimewa ini disampaikan oleh kak zainab..). Slot malam diteruskan dengan MAM1 yang dikendalikan oleh Ummi Ida manakala MAM2 menampilkan gandingan kakak laptop (k.Mia) dan k.Nina.

Pada keesokan harinya penerbangan diteruskan lagi dengan beriadhah sambil merenung kejadian alam bersama Ummi Ida dan k.Anjang Kila yang telah bertungkus lumus memerah otak memikirkan aktiviti-akitiviti menarik buat adik-adik kasih (almaklumlah, pagi2 kan otak mcm kaku skit). Slot HIJRAH bersama k.Anjang Kila serentak dengan MKMS yang dikendalikan oleh Ummi Ida. Setelah itu penerbangan diteruskan dengan slot pertemuan yang dikendalikan oleh k.Nina.

Majlis penutup diadakan dengan ucapan dari wakil PPD (Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat) dan wakil JKKD (Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Kuala Langat) dan diakhiri dengan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta serta sijil penghargaan dan cenderahati buat semua pengendali dan fasilitator yang terlibat.

Syukur alhamdulillah penerbangan 251008 telah selamat mendarat dengan jayanya. JZKK serta Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langusng dalam menjayakan KBM PPD KUALA LANGAT. Tidak lupa juga buat mereka yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan KBM ISTIMEWA ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan kalian. Ameen! Dikesempatan ini ingin ana mengajak semua mendoakan kejayaan adik-adik kasih dan fasi-fasi kita yang bakal mahupun yang telah menghadapi peperiksaan. Semoga mereka berjaya di Dunia dan Akhirat. Ameen.. ;)

ni plak antara gambar2 sepjg KBM (tq kak ngah)

Adik2 kasih + fasi2

Demi Matahari (terlepas nk berdemi matahari ms ni huhuhu...)

Fasi2 + pengendali

me: mak aiii panjang nyer entry ni ;)

0 comments:

Post a Comment