




me: report bergambar jek :) senang nk cite hehehe......
Demi diri manusia dan DIA yang meyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal)jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)
GEORGETOWN: Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.
"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia.
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.
Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.
"Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya.
Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.
Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari.
“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.
“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.
me: x penah try pun yoga ni. Tp ye ke dorg dpt relaks bile buat yoga ni? Mcm berbelit2 je tgk gerakan2 tu.
![]() |
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
![]() |
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak. |
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
![]() |
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. |
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
“Sebarang perjuangan yang bersifat perkauman, atau hanya demi kepentingan kaum tertentu amatlah tidak relevan untuk kehidupan dunia yang Allah ciptakan terdiri daripada berbagai puak dan bangsa.
Dalam negara yang multi-racial seperti kita, perjuangan kaum samada politik atau bukan politik akan mencerumuskan kepada krisis yang tidak berkesudahan. Selain itu, perjuangan kaum tiada kejelasan prinsip mengenainya.
Inilah sebabnya perjuangan atas semangat kaum ‘Arab yang dipimpin oleh tokoh-tokoh politik pada zaman ini kecundang. Tidak mereka berjaya menegakkan kedaulatan ‘Arab, bahkan gagal mempertahankan wilayah ‘Arab itu sendiri. Walaupun slogan perkauman berdegar-degar, namun ‘Arab tetap menjadi hamba Amerika.
Sepatutnya, seorang muslim tidak bersifat perkauman kerana itu bercanggah dengan prinsip Islam yang merahmati semua bangsa yang diciptakan Allah. Sepatutnya, yang diperjuangkan adalah prinsip-prinsip Islam yang rahmat dan adil. Tegakkan Islam yang sebenar seperti jenerasi salaf, maka pasti akan tertegak keadilan untuk semua. Islam tulen, bukan Islam campuran yang sudah hilang keaslian.
Jika Islam sebenar itu diperjuangkan, kita akan dapati isu perkauman tidak akan bangkit dalam negara ini. Pertubuhan atau badan yang tegak atas dasar kaum tertentu, perlu menyemak semula matlamat dan agendanya. Lebih daripada itu, adakah perjuangan sebegitu mendapat keredhaan Allah?”.
sumber: http://drmaza.com/home/
me: fikir-fikir, renung-renung. semoga diri ini tidak tertipu dengan perjuangan yg sia2.
KAHERAH: Masyarakat Muslim Amerika Syarikat berang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengedarkan dokumentari anti-Islam ke seluruh negara itu, termasuk oleh akhbar dan stesen berpengaruh bertujuan menakutkan penduduk tempatan terhadap Islam dan penganutnya.
Dokumentari 60 minit Obsession: Radical Islam's War Against The West menuduh Islam sebagai agama radikal yang memerangi Kristian, Amerika dan Barat selepas sambutan 11 September dan ketika kempen pemilihan Presiden semakin hebat.
Ia pada asalnya dihasilkan pada 2006 tetapi dibuat salinan baru dan diedarkan semula menerusi kempen yang disifatkan Majlis Perhubungan Islam-Amerika (CAIR) sebagai berniat jahat.
"Filem itu memesongkan kritikan mengenai keganasan dan radikal," tegas Pengarah Komunikasi CAIR, Ahmed Rehab, kepada akhbar Tampa Tribune, kelmarin.
"Mereka mengeksploitasi rasa takut dan kebimbangan yang wujud di negara itu dengan cuba mencetuskan konflik keagamaan yang lebih bahaya."
Ringkasan cakera padat digital (DVD) filem turut diedar bersama 70 akhbar perdana negara itu ke seluruh Amerika. Berjuta-juta salinan turut dihantar kepada rakyat Amerika menerusi pos.
Malah, ia juga ditayangkan di kampus universiti di sekitar negara itu yang dalam kempen memerangi pengganas selepas kejadian 11 September 2001.
Ia antara lain memaparkan temu bual dengan individu pro-Kristian dan Yahudi yang sememangnya diketahui mempunyai pandangan anti-Islam termasuk Martin Gilbert, Daniel Pipes dan Steve Emerson.
Dokumentari berkenaan turut menyelitkan imej serta sedutan serangan ganas, klip disiarkan stesen televisyen Arab dan filem sejarah.
Ia diterbitkan Clarion Fund, satu badan bukan kerajaan (NGO) diasaskan pada 2006 oleh penerbit filem Kanada, Raphael Shore yang turut menulis skrip dokumentari berkenaan. Shore menetap di Israel.
Kenyataan Clarion Fund yang disiarkan pada laman webnya mempertahankan tindakan menghasil dan mengedarkan dokumentari berkenaan atas alasan mahu mendidik rakyat Amerika memahami apa didakwanya sebagai sentimen radikal Muslim yang sebenar.
Malah, penerbit Obsession: Radical Islam's War Against The West itu turut mengakui yang dokumentari kontroversi mereka bertujuan menakutkan rakyat Amerika.
"Tujuan kami mengeluarkan semula dokumentari berkenaan adalah selaras dengan ulang tahun 9/11," kata Pengarah Komunikasi Clarion Fund, Gregory Ross.
Namun, masyarakat Muslim menyifatkan tindakan itu bersempena pemilihan Presiden baru November ini, apalagi dokumentari itu menjadi tajuk perbincangan beberapa rancangan radio.
Stesen penyiaran, Fox News mewujudkan segmen khas selama sejam kepada dokumentari itu pada waktu perdana dan ia disiarkan sembilan kali dalam masa dua minggu. Agensi
Sabtu and ahad lepas sempatla join 3R (Remaja Raikan Ramadhan) di Masjid Ubudiyyah Sect.19 Shah Alam. Ni first time join program dgn KRJ Petaling. Actually minggu sblmnya KRJ Petaling ada buat 1 lagi 3R di Batu 3 tp that time 'saya' jadi fasi utk 3R di Masjid Asy-Syakirin KLCC.
Sampai di masjid agak lewat dlm pukul 2 petang sbb pagi sampai pukul 1 ade meeting di HQ Dzul Iman untuk 8th Convocation Ceremony & Ihtifal Dzul Iman. Sampai je di masjid solat Zohor dulu. After solat zohor 'saya' naik ke bahagian atas masjid (dewan tempat 3R). Masa tu amcee tgh panggil nama budak2 (mule2 x tau knp bdk2 ni kene pggl) lepas tu br la dpt agak ni mesti bezday ni (sbb tgk cara psyco bdk2 tu sama jek kata ada buat salah la bla...bla....) hehehe...... muka bdk2 tu mcm bingung2 memikirkan "apakah dosa ku?" hehehe......... bila akh siddiq kata "nak tau ape kesalahan yang awk dh buat?" dlm beberapa saat lps tu kedengaran la lagu 'ALLAH selamatkan kamu, ALLAH selamatkan kamu,...................................' tp ade gak la adik2 yg kat depan tu mcm still x dapat tangkap lg maksud lagu tu (maybe sbb terkezut kene panggil kot). Bg adik2 bertuah tu ade cenderahati yg dh disediakn utk dorg.
Lepas tu ade talk 'Anda Bijak Jauhi Zina' (ABJZ). Talk disampaikan oleh Ketua Wanita JIM (nama dr. tu igt). Dlm presentation tu penceramah tekankn pasal isu utama para remaja apa lagi CINTA la. Mcm kupasan yg dikeluarkan oleh penceramah. Mcm2 jenis cinta jugak yg ade cinta adik2 ni pun blh bg respon (ade je ayat dorg nk sambung ape penceramah ckp bgs3....)
Lepas solat asar adik2 perlu present tajuk yg group dorg dpt before stop utk solat asar. Antara tajuk2 yg dorg plu discuss; cinta material, cinta hakiki, cinta kanak2, etc.
Iftar ptg tu disediakn oleh pihak masjid (ni prgram join venture dgn masjid gak). Mmg best juadah iftar petang tu ade ayam masak lemak, sambal udang (sgt sedap..nyam...nyam....), sayur. Lg best bila dpt iftar ramai2....
Lepas terawikh sume peserta berkumpul semula didewan. Yg best nyer slot mlm ni ade jgk diselitkan dgn chicken dance and Demi Matahari. Jadi seronok la adik2 (fasi nyer lg seronok hehehe.....) Tp kn mentang2 la 'saya' ni fasi KBM so, semangat tunjuk kat adik2 perempuan tu cara berdemi matahari. Slot mlm ni membuatkn 'saya' merasa sdg dlm prgm KBM la plak hehe..... Ade jugak la buat ala MAM1 (ala slot nangis2 sedey2 la ......)
Before tidur pihak masjid suh p mkn morey dulu (lambatnyer ktorg morey dh pukul 12 tgh mlm ms tu..) tp respect btl kat pak cik masjid tu sanggup die tunggu ktorg ni sume abes makan. Morey pun best ade bubur kacang hijau (my fav.), mee goreng etc.... TQ pak cik sbb sanggup tunggu and jamu kami makan walau dh 12 lbh time..... Terharu sungguh.